Connect with us

Pilihan Editor

Beberapa Pemimpin Parti Politik Termasuk Daripada Pejuang Telah Dijemput Mengadap YDP Agong Esok

Beberapa pemimpin parti politik telah dijemput mengadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok.

Seorang jurucakap Parti Pejuang juga mengesahkan mereka dijemput mengadap Seri Paduka esok.

Justeru itu, mengenai agenda majlis menghadap kali ini masih tidak pasti isipatinya namun ada kaitan dengan keadaan semasa negara.

Seperti tahun lalu, Agong memanggil setiap wakil parti menghadap secara berasingan bagi mengesahkan calon Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Momahad meletak jawatan. Ketika itu, setiap parti akan diwakili oleh pemimpin tertinggi masing-masing, sama ada presiden atau pengerusi.

Advertisement

Bagaimanapun, Agong bertitah supaya Tan Sri Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri ‘caretaker’ atau sementara sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional yang hanya bertahan 17 bulan sahaja. Hal ini berlaku selepas ahli parlimen Pagoh ini hilang sokongan majoriti setelah 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada beliau.


Sumber: Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel