Connect with us

Pilihan Editor

Jabatan Peguam Negara Siar Warta Kerajaan Pelantikan Muhyiddin Sebagai PM Sementara

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2021 berhubung pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sementara sehingga pelantikan perdana menteri baharu.

Warta itu memaklumkan fungsi Muhyiddin yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan kerajaan persekutuan dan perkara yang jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan menteri lain dalam Jemaah Menteri.

Perintah itu berkuat kuasa semalam.

Warta itu turut memaklumkan pembatalan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2020 [P.U. (A) 201/2020].

Advertisement

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara atau ‘caretaker’ sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Pelantikan sebagai perdana menteri sementara itu diputuskan selepas Agong berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa semalam. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel