Connect with us

Hiburan

Shuib Melahirkan Rasa Bimbang Terhadap Masa Depan Ayash

Pelawak dan usahawan Shuib, 37, memilih untuk mendapatkan susu ibu dalam kalangan keluarga sendiri untuk anak pramatangnya, Ayash Affan.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata dia memutuskan untuk menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash Affan.

Katanya, keputusan ini dibuat setelah berbincang sesama ahli keluarga.

“Selepas kita berbincang dengan keluarga, alhamdulillah ada di kalangan keluarga saya iaitu sepupu saya yang baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan.” Kata Shuib.

Advertisement

Tambah bapa kepada empat cahaya mata itu, dia meluahkan rasa bimbang terhadap masa depan Ayash Affan sekiranya mendapatkan susu badan daripada pihak luar. Jadi dia hanya mengambil susu badan dari kalangan keluarganya sahaja.

Dalam pada itu, suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin turut mengucapkan terima kasih kepada rakan artis dan rakyat Malaysia yang berniat untuk menolongnya mendapatkan bekalan susu ibu.

 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel