Singapura: Remaja Diserang Sakit Jantung Selepas Divaksin Terima Pampasan

Remaja lelaki berusia 16 tahun yang mengalami serangan jantung di luar hospital enam hari selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 di sini, dan memerlukan rawatan intensif, kini semakin stabil, menurut Kementerian Kesihatan Singapura.

Remaja itu menerima dos pertama pada 27 Jun 2021 dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan.

“Dia menunjukkan kemajuan yang baik dan dapat melakukan kegiatan seharian tanpa bantuan. Kemungkinan dia akan dibenarkan pulang dalam beberapa minggu lagi, tetapi perlu menjalani rawatan pesakit luar sebelum boleh kembali ke sekolah dan meneruskan aktiviti lain,” menurut kenyataan kementerian itu hari ini.

Hasil siasatan perubatan mendapati remaja tersebut mengalami miokarditis akut teruk yang menyebabkan serangan jantung yang berlaku di luar hospital.

Advertisement

“Miokarditis mungkin merupakan kesan sampingan yang serius akibat daripada vaksin COVID-19 yang diterimanya, ia mungkin disebabkan beban yang diangkat melebihi berat badannya ketika melakukan aktiviti angkat berat dan penggunaan kafein yang tinggi melalui minuman dan makanan tambahan tenaga,” menurut kementerian itu.

Di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) oleh kementerian, bantuan sekali bayar sebanyak S$225,000 (RM703,000) telah diberikan kepada remaja berkenaan dan keluarganya.

Kementerian memaklumkan meskipun terdapat sedikit risiko miokarditis atau perikarditis berikutan pemberian vaksin, kadar kejadian  tetap rendah pada 0.48 per 100,000 dos yang diberikan, berdasarkan pemantauan farmakovigilans yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).

“Sebahagian besar telah memberikan tindak balas yang baik terhadap rawatan dan telah pulih atau keluar dari hospital,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Advertisement

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

8 mins ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

6 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago