Connect with us

Pilihan Editor

‘Muhyiddin Ada Berita Bembira Pagi Ini’

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata, Perdana Menteri sementara Muhyiddin Yassin akan membawa “berita gembira” kepada negara pagi ini.

Bercakap dengan Utusan Malaysia malam tadi, Wan Saiful bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara yang dimaksudkannya.

“Ya, ada berita gembira. Tetapi tidak sesuai untuk saya sebut. Biarlah Tan Sri akan mengumumkannya. Jadi, mungkin pada esok pagi.

“Tidak pasti sama ada perkara ini akan diumumkan menerusi siaran televisyen atau kenyataan bertulis. Elok kita tunggu Muhyiddin umum secara rasmi,” katanya seperti dilapor.

Advertisement

Senator itu tidak menafikan bahawa berita itu berkaitan dengan pementukan ​semula kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mendedahkan bahawa pertemuan antara pemimpin PN belum selesai ketika dia diwawancara pemberita.

“Apa yang pasti, kita semua sedang usahakan untuk kekalkan kerajaan PN,” katanya.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel