Connect with us

Politik

Raja-Raja Melayu Akan Bermesyuarat Jumaat Ini, Bincang Mengenai Calon PM

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu dilaporkan akan diadakan pada Jumaat ini di Istana Negara untuk membincangkan mengenai pemilihan calon Perdana Menteri yang mempunyai sokongan majoriti.

Menurut Kosmo yang memetik laporan sebuah akhbar, calon Perdana Menteri daripada pelbagai parti akan didedahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, ahli-ahli Dewan Rakyat telah diminta untuk menyerahkan surat akuan bersumpah untuk menamakan seorang calon Perdana Menteri selewat-lewatnya sebelum 4 petang hari ini.

Penyerahan surat akuan bersumpah itu dilakukan bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai Perdana Menteri, lapor Bernama.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel