Connect with us

Kemalangan

Seorang Kakitangan KKM Maut, Tiga Lagi Cedera Dalam Nahas Dengan Lori

Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan maut, manakala tiga lagi cedera selepas van dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Johor Bahru hari ini, memetik Sinar Harian.

Nahas yang berlaku di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara Selatan itu mengakibatkan pemandu van tersebut, Shamsul, 49, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, van KKM tersebut sedang dalam perjalanan dari Kluang menuju ke Hospital Permai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba 1, Suhaimi Abdul Jamal seperti memetik Sinar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.58 pagi.

Advertisement

Oleh itu, seramai 14 anggota dari BBP Larkin dan BBP Skudai dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dua motosikal serta sebuah utiliti dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba di tempat kejadian, didapati mangsa bersama tiga lagi kakitangan KKM iaitu Rosnilam Satari, 48; Azlina Mohd Rawi, 41; dan Amelia Pek Ying Hung, 26, terperangkap dalam van berkenaan.

“Pihak bomba menggunakan alatan ‘rescue cutter’ untuk mengeluarkan semua mangsa yang mengambil masa kira-kira 11 minit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan berada dalam keadaan selamat, manakala dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

Sumber: Sinar Harian / FB Simpang Renggam Dihatiku

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel