Connect with us

Pilihan Editor

Terima Sokongan Penuh, Ismail Sabri Jadi Calon Pilihan MKT UMNO Untuk Dilantik Menjadi PM

Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menyokong penuh pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

Perkara ini dimaklumkan oleh salah seorang ahli MKT yng terlibat secara langsung dalam mesyuarat yang kini masih berlangsung antara Presiden UMNO bersama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, Annuar menerusi laman Facebooknya mendakwa lebih 69 ahli Parlimen bukan BN telah bersetuju untuk menyokong calon daripada gabungan itu untuk menjadi Perdana Menteri.

Antara Ahli Parlimen BN yang hadir adalah Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Khairy Jamaluddin (Rembau), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Datuk Seri M. Saravanan (Tapah).

Advertisement

Menurut laporan media, mesyuarat itu juga dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berdasarkan kenyataan Ahli Parlimen Ketereh itu, ini bermakna BN sudah mendapat sokongan majoriti di Parlimen untuk menubuhkan kerajaan.

Sebelum jam 4 petang esok, kesemua ahli Parlimen diarahkan menghantar suray akaun berkanun kepada Istana Negara dan menamakan calon Perdana Menteri.


Sumber: Bernama TV

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel