Connect with us

Terkini

Lelaki Maut Ketika Cuci Rumah Dilanda Banjir Di Pulau Betong

BALIK PULAU, 19 Ogos (Bernama) – Seorang buruh binaan meninggal dunia selepas dipercayai tergelincir ketika sedang mencuci rumahnya yang dilanda banjir di Pulau Betong, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata mangsa, Mohd Zailan Zainuddin, 35, dibawa ke Hospital Balik Pulau sebelum doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 12.15 tengah malam tadi.

“Sebelum kejadian, mangsa dan isterinya sedang mengemas rumah mereka selepas dilanda banjir berikutan hujan lebat pada sebelah petang. Lelaki itu dikatakan terjatuh di pintu bilik dan disedari isteri mangsa yang kemudian dibantu adik angkatnya, mengangkat dan meletakkan mangsa di atas katil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian lelaki itu.

Advertisement

Semalam hujan lebat lebih tiga jam telah menyebabkan ratusan rumah di Teluk Kumbar, Balik Pulau dan Teluk Bahang di sini ditenggelami air hingga setengah meter.

Hujan lebat sejak 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan beberapa jalan raya terutama di Pulau Betong, Balik Pulau tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel