Connect with us

Jenayah

Tujuh Ditahan Selepas Disyaki Rogol Gadis Secara Berkumpulan

Published

on

Tujuh remaja lelaki dikenakan perintah reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes rogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, awal tahun ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah.
Kesemua remaja yang berusia antara 15 hingga 18 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan kerana disyaki rogol berkumpulan.
Difahamkan, mereka melakukan kesalahan itu beberapa kali sebelum ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris mengesahkan tujuh remaja lelaki itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga Isnin.
Katanya, tujuh remaja itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Kota Bharu semalam.
Sumber: Astro Awani

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending