Connect with us

Mahkamah

Bekas Pegawai Tugas Khas Ahli Parlimen Kedah Direman

SUNGAI PETANI, 20 Ogos (Bernama) — Seorang bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen di negeri ini direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu berjumlah RM140,600 antara 2019 dan 2020.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Mahkamah Sungai Petani Noor Fazlina Musa.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, lelaki berumur 43 tahun itu didakwa menyeleweng Wang Peruntukan Khas Jabatan Perdana Menteri bagi Parlimen di Kedah bernilai antara RM9,500 hingga RM34,000 antara Ogos 2019 hingga Januari 2020.

Suspek dipercayai menggunakan tujuh invois palsu untuk menuntut bayaran dari Parlimen itu yang jumlah keseluruhan tuntutan palsu itu bernilai RM140,600 untuk pelbagai kerja dan pembekalan.

Advertisement

“Lelaki ini ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani pada 4.31 petang semalam ketika tampil memberikan keterangan,” kata sumber SPRM itu.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel