Connect with us

Pilihan Editor

Ismail Sabri Angkat Sumpah PM Kesembilan Esok

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangi Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada esok (Sabtu), jam 2.30 petang di lstana Negara.

Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda menzahirkan pandangan kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik Covid-19 dan baginda berharap kemelut politik dapat berakhir dengan pelantikan Perdana Menteri ini.

”Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan dengan pelantikan Perdana Menteri ini, maka Kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik COVID-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat krisis dan ancaman pandemik ini.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, kemelut politik dapat diakhiri dengan segera dan kesemua Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengenepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara,” memetik keyataan.

Advertisement

Ismail Sabri yang juga pemimpin kanan Umno, sebelum ini merupakan timbalan kepada Muhyiddin, adalah menteri yang bertanggungjawab dengan pertahanan dan keselamatan, dan antara individu penting bagi membanteras wabak Covid-19 di Malaysia yang telah membunuh 13,480 nyawa dan menjangkiti lebih 1.5 juta penduduk negara ini.

Sumber: Istana Negara 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel