Connect with us

Pilihan Editor

Kecil Tapi Matang, Kanak-Kanak Ini Setia Pimpin Tangan Ibu Buta Keluar Dari Bank

Di kala orang lain yang seusia dengannya masih bergantung harap dengan kedua ibu bapa, namun berbeza pula dengan kanak-kanak perempuan ini yang telah menunjukkan sikap matangnya dengan memimpin tangan si ibu yang mengalami masalah penglihatan.

Video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Hezry Hashim memaparkan seorang wanita yang mengalami masalah penglihatan bersama anak perempuannya berada di bank untuk menyelesaikan beberapa urusan.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah tindakan spontan kanak-kanak tersebut yang memimpin dan memegang erat tangan si ibu untuk keluar dari premis berkenaan. Meskipun usianya masih kecil tetapi kanak-kanak ini sudah menunjukkan sikap yang matang dan bertanggungjawab membantu si ibu.

Video tersebut telah mendapat hampir 300k tontonan. Rata-rata netizen terharu dan bangga melihat aksi kanak-kanak tersebut. Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan kanak-kanak ini seorang yang bertanggungjawab kerana sudi membantu si ibu meskipun usianya masih kecil.

Advertisement

Mereka turut mendoakan agar kedua beranak ini dipermudahkan segala urusan.

@hezryhashimsemoga dipermudahkan urusan anak kecik ni..♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Sumber: Hezry Hashim

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel