Connect with us

Global

Aktivis Antimask Berang Dihukum Penjara 3 Tahun, Serang Ketua Hakim Selepas Keputusan Dibacakan

Seorang aktivis anti pelitup muka di Banyuwangi, Indonesia dilaporkan telah menyerang ketua panel hakim setelah dia dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan berkaitan Kuarantin Kesihatan dan Undang-Undang ITE.

Menurut Detik News, lelaki itu juga dilihat tidak memakai pelitup muka ketika perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Daerah Banyuwangi pada 19 Ogos lalu.

Difahamkan, lelaki itu dibicarakan di mahkamah kerana telah menyebarkan berita palsu berkaitan COVID-19. Dia dipercayai telah membuat satu video yang menyatakan pandemik yang berlaku ketika ini tidak betul dan hanya rekaan pemerintah tempatan.

Tidak cuma itu, dia juga turut terlibat membawa lari jenazah pesakit COVID-19 dari sebuah hospital di Banyuwangi.

Advertisement

Dalam kejadian mengejutkan yang turut dirakam dan tular di media sosial itu, suspek dilihat tiba-tiba berjalan dan kemudian melompat ke atas meja untuk memukul ketua panel hakim sambil berteriak selepas keputusan perbicaraan dibacakan.

Tindakannya itu membuatkan sidang perbicaraan tersebut menjadi kecoh dan beberapa orang pegawai polis datang untuk menghalang dan menangkapnya.

“Lepaskan, lepaskan. Allahu Akbar,” teriaknya ketika dibawa keluar dari sidang perbicaraan tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah menjadi tular di media sosial, malah ada netizen yang telah menjadikan video itu sebagai meme.

Sumber: Detik News

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel