Connect with us

Politik

”Saya Berasa Kecil Hati Dan Terguris…” – Mohamad Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menzahirkan penghargaan atas pelantikan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau berasa terguris hati apabila pihak yang sepatutnya mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Ke-14 lalu tidak berjaya memperoleh mandat itu semula kali ini.

”Saya mengalu-alukan perlantikan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri. Walau bagaimanapun saya berasa kecil hati dan terguris apabila mereka yang mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya Mei 2018 tidak memperolehi mandat itu semula.

”Mungkin rakyat melihat proses Pilihanraya itu telah menjadi sia sia. Oleh itu proses ‘Parliamentary Democracy’ di Malaysia perlu diperteguhkan semula. Beri keyakinan kepada rakyat agar ‘Peristiwa Sheraton Move 2020’ tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Advertisement

”Kalau ianya berulang, bermakna sistem yang kita pilih ini telah hancur dan perlu diperbaiki menjelang pilihanraya yang akan datang,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu menambah, keyakinan yang perlu diberikan kepada rakyat kini menjadi sukar ekoran situasi yang berlaku.

“Untuk memberi keyakinan semula kepada rakyat adalah sukar apabila yang menang menjadi pembangkang dan yang kalah menjadi kerajaan.

“Rakyat perlu membuat pilihan. Yang penting sistem demokrasi berparlimen perlu dipertahankan,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: FB Mohamad Sabu

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel