Connect with us

Politik

Jawatan TPM Dan Kabinet: Serah Pada Perbincangan Pengerusi PN Dengan PM – Ahmad Faizal

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tertakluk pada perbincangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata PN menyerahkan sepenuhnya pelantikan jawatan tersebut kepada dua pemimpin berkenaan.

“Kami tak bincang (jawatan TPM), kabinet, kami serah kepada Pengerusi PN untuk tentukan, bincang dengan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas adakah terdapat perbincangan dalam PN untuk menamakan jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan pemimpin Bersatu.

Advertisement

Mesyuarat tersebut berlangsung kira-kira dua jam dan dipengerusikan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu serta turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengenai khabar angin jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diisi daripada kalangan pemimpin Bersatu, Ahmad Faizal berkata:

“Alhamdulillah, terima kasih kalau nak bagi (jawatan Timbalan Perdana Menteri) kepada Bersatu tapi yang penting satu kabinet yang dibentuk sebagai satu pasukan untuk selamatkan negara keluar daripada kemelut yang kita alami (COVID-19). ”

“Pengerusi akan bincang dengan PM dan saya percaya PM akan buat keputusan yang betul,” katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan adakah kerajaan baharu ini masih kerajaan PN, Ahmad Faizal berkata ia masih kekal kerajaan PN.

Advertisement

“Pada kami (PN) ini kerajaan PN, secara matematik kami ada 77, kawan sebelah (Barisan Nasional) ada 41, kami percaya kami mewakili kerajaan PN,” katanya.

Ahmad Faizal juga berkata PN akan memberi sepenuh sokongan kepada kerajaan yang akan dibentuk oleh Ismail Sabri di samping sokongan padu kepada Pengerusinya, Muhyiddin.

“Kami akan meneruskan usaha persiapsiagakan PN untuk hadapi PRU (Pilihan Raya Umum), jentera parti dan kerjasama parti komponen akan diperkukuh,” katanya.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel