Connect with us

Global

Taliban ‘Warisi’ RM4 Trilion Sumber Mineral Afghanistan Yang Belum Diteroka

Published

on

Taliban kini menguasai sumber mineral Afghanistan selepas mengambil tampuk pemerintahan negara tersebut. Ini termasuk sumber asli bernilai $1 trilion atau RM4 trilion yang masih belum diteroka.

Nilai ini dianggarkan oleh US Geological Survey (USGS), namun pemerintahan Afghanistan terdahulu menganggarkan tiga kali ganda daripada jumlah tersebut.

Menurut USGS, sumber mineral ini termasuk bauksit, tembaga, bijih besi, lithium dan pelbagai unsur nadir jarang ditemui.

Menurut laporan AFP, memetik penulisan Guillaume Pitron, sumber lithium belum pernah digali di Afghanistan merupakan yang terbanyak pernah direkodkan.

Agensi Tenaga Antarabangsa menganggarkan permintaan lithium akan meningkat hingga 40 kali ganda pada tahun 2040.

Tembaga turut mendapat permintaan tinggi tahun ini iaitu sekitar $10 ribu atau kira-kira RM42 ribu kerana industri pembuatan kabel.

Perperangan berpanjangan di Afghanistan menyebabkan negara itu kekurangan infrastruktur untuk menggali sumber mineral yang sepatutnya mampu menaikkan taraf ekonomi Afghanistan.

Pun begitu, Afghanistan telah melakukan usaha melombong zamrud, rubi, turmalin dan lapis lazuli. Namun permata-permata berharga ini dijual di pasaran gelap Pakistan.

Sumber: AFP

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending