Connect with us

Kemalangan

Pemandu Kereta Rempuh 6 Motosikal Sudah Menyerah Diri

Pemandu kereta Proton Preve yang melarikan diri selepas merempuh enam motosikal di KM4, Jalan Kampung Acheh-Sitiawan Sabtu lepas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata lelaki berumur 38 tahun itu menyerah diri kira-kira pukul 2.50 petang.

“Pemandu telah menyerah diri ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Manjung hari ini.

“Permohonan reman akan dibuat esok. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di Lumut.

Advertisement

Nor Omar berkata suspek turut ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, suspek yang memandu bersama dua lagi rakannya dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh enam motosikal.

Kemalangan itu turut menyebabkan tiga lelaki maut di tempat kejadian manakala empat penunggang motosikal dan dua penumpang kereta Proton Preve itu cedera parah dan dirawat di Hospital Seri Manjung.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel