Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Semakin Menurun Pagi Ini Kepada 257 Mangsa

Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Perak semakin menurun pagi ini kepada 257 orang daripada 69 keluarga, yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 271 orang daripada 73 keluarga, semalam.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat penurunan jumlah mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu daerah Kerian iaitu 60 orang daripada 17 keluarga, berbanding jumlah semalam iaitu 68 mangsa daripada 19 keluarga.
“Di daerah yang sama jumlah mangsa banjir di PPS SK Changkat Lobak pula kekal 111 orang daripada 26 keluarga seperti semalam, manakala mangsa banjir di PPS SK Matang di daerah Larut, Matang dan Selama berkurangan kepada 76 orang daripada 24 keluarga berbanding 82 orang daripada 26 keluarga semalam,” menurut portal itu.
Sementara itu, di daerah Kampar, jumlah mangsa di PPS Dewan Serbaguna Kampung Batu 20 masih kekal seramai 10 orang daripada dua buah keluarga.
Dilapor semalam, kerja membaik pulih dua ban yang rebak dilanda arus deras Jumaat lepas menggunakan cerucuk sementara batang kelapa di ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah, Alor Pongsu sudah disiapkan bagi menghalang aliran air sungai memasuki kawasan penempatan penduduk.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memasang bongkah batu, bagi memperkukuh ban yang rosak selepas kerja menanam cerucuk berkenaan.
– BERNAMA

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago