Connect with us

Politik

Pakatan Harapan Disarankan Jemput Parti Pembangkang Untuk Sertai Gabungan

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan Senator dari Amanah, Raj Munni Sabu mendesak agar gabungan itu secara rasmi mengundang parti-parti lain untuk bergabung susulan gesaan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Katanya, meskipun PH dan parti-parti pembangkang telah berjaya menamakan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal untuk diangkat sebagai perdana menteri ke-9, namun jumlah sokongan sebanyak 105 yang dimiliki Anwar masih tidak mencukupi.

“PH perlu mengekalkan dan memperkasakan sokongan yang telah diperolehi daripada parti pembangkang yang lain.

“Sehubungan itu, kami menyarankan supaya PH segera membuat jemputan rasmi kepada semua parti-parti pembangkang yang terdiri daripada Warisan, Muda, Pejuang, Upko dan Parti Sarawak Bersatu untuk menyertai PH,” kata mereka dalam satu kenyataan media bersama hari ini.

Advertisement

Tambah mereka, jumlah sokongan 105 ahli-ahli Parlimen pembangkang yang dibuktikan pada 18 Ogos lalu perlu dikekalkan dan diperkemaskan lagi dalam bentuk persefahaman yang lebih formal menuju pilihan raya umum yang akan datang.

“Langkah ini juga amat bertepatan dengan hasrat dan pendirian yang telah dinyatakan oleh PH untuk membina kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang mengikut kerangka ‘Khemah Besar’.

“Kebersamaan ini perlu diikat kemas supaya sokongan padu dan kekuatan angka 105 ini dapat menyakinkan rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bahawa PH merupakan pilihan paling tepat untuk memimpin Malaysia.

“Mohon disegerakan,” kata mereka.

“Khemah besar” adalah istilah politik untuk dasar parti atau gabungan yang merangkumi spektrum pandangan ideologi yang luas di kalangan anggotanya.

Advertisement

Gesaan ketiga-tiga mereka mengulangai kenyataan Majlis Presiden PH semalam untuk memperbaharui komitmen terhadap “deklarasi Port Dickson” bagi menjalin kerjasama di antara parti-parti pembangkang di bawah konsep “khemah besar” .

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel