Connect with us

Global

Remaja 13 Tahun Cedera Parah Akibat Israel Menyerang Gaza Melalui Udara

Serangan udara terhadap Gaza sekali lagi dilancarkan oleh Israel, mendakwa membalas serangan belon api dari arah selatan negara itu. Ketegangan tersebut berlaku selepas pertempuran di perbatasan minggu lalu yang mengakibatkan puluhan individu tercedera.

Namun begitu, tiada kematian dilaporkan dalam serangan terhadap dua bandar Gaza iaitu di selatan wilayah Khan Younes dan utara Jabalia.

Bagaimanapun, sumber dari pihak keselamatan Palestin berkata kepada AFP bahawa serangan ini mengakibatkan banyak kerosakan harta benda.

Tambahan dari sumber berkenaan, pejuang Hamas memulakan serangan dengan melepaskan tembakan ke arah pesawat tentera Israel.

Advertisement

Dalam pada itu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyatakan, jet pejuang Israel menyerang tempat pembuatan senjata Hamas di Khan Yunis dan lorong tikus memasuki wilayah Jabalia.

“Pelancar roket bawah tanah Hamas yang berada di lokasi penempatan penduduk dan sekolah di Shejaiya turut musnah.

“Serangan ini berbentuk serangan balas terhadap belon api yang dilancarkan memasuki kawasan jajahan Israel,” tambah IDF menerangkan kronologi serangan tersebut.

Dilaporkan sekurang-kurangnya sembilan belon api dilancarkan dari Gaza, memasuki perbatasan Eshkol.

Insiden yang berlaku semalam menimbulkan ketegangan apabila tentera Israel melepaskan tembakan kepada kumpulan protes Palestin.

Advertisement

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis Israel dan seorang kanak-kanak Palestin berusia 13 tahun dilaporkan mengalami cedera parah.

Pertempuran ini berlaku tepat tiga bulan sejak Israel dan Hamas mencapai persetujuan gencatan senjata selepas peristiwa berdarah Mei lalu.

Serangan Isreal itu mengorbankan 260 penduduk Palestin termasuk para pejuang, manakala serangan Hamas mengorbankan 13 orang di Israel termasuk seorang tentera.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel