Connect with us

Terkini

SSR Rayu Bantuan Orang Ramai Sebanyak RM62,000 Kerana Berhimpun Di Dataran Merdeka

Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) merayu bantuan dari orang ramai untuk membayar kompaun sebanyak RM62,000 susulan daripada lebih 30 peserta menyertai kumpulan terbabit didapati berkumpul di Dataran Merdeka pada 19 Ogos lalu.

Memetik daripada laporan, SSR turut dilaporkan ingin menyaman pihak polis kerana dakwaan tangkapan yang dilakukan terhadap peserta tidak berasaskan perlembagaan.

Dalam satu kenyataan, bantuan tersebut bertujuan untuk membantu 31 peserta yang hadir pada hari perhimpunan tersebut untuk membayar kompaun yang dikenakan.

Peserta yang hadir membakar lilin dan meletakkan bunga ros sebagai tanda peringatan bagi mengenang lebih 13,00 rakyat di negara ini telah pergi akibat wabak Covid-19.

Advertisement

Para peserta telah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang. SSR dikatakan telah berbincang dengan rakan peguam berkenaan tindakan yang diambil dan tidak menolak untuk menyaman pihak polis.

Ini kerana tangkapan tersebut tidak berasaskan lunas perlembagaan. Walaubagaimanapun, tiap-tiap peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili oleh peguam setiap seorang.SS

Menurut dakwaan, mereka telah membuat laporan polis pada Ahad lalu di Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul agar siasatan dibuat terhadap pegawai polis IPD Dang Wangi yang telah menahan peserta pada malam tersebut.

Difahamkan, pihak polis nenafikan bahawa kesemua yang hadir tidak ditahan. Namun, para peserta yang hanya meletakkan bunga ros dan lilin kemudiannya ditarik dan diheret dengan kasar kerana polis yang berada di sana gagal memberikan sebarang sebab untuk menahan peserta.

Setelah semua dipaksa naik trak polis ke IPD Dang Wangi, barulah polis memaklumkan bahawa penahanan dibuat di bawah tiga akta iaitu Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman, Seksyen 21A Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1985 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit.

Advertisement

Justeru itu, seramai 31 ahli sekretariat telah dikompaun sebanyak RM62,000 selepas didapati berhimpun di Dataran Merdeka.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel