Connect with us

Politik

Zahid Garis Lima Kegagalan PN Urus Covid-19

Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO berkata rakyat meletakkan harapan besar di bahu kerajaan baru untuk melakukan perubahan supaya negara dapat terlepas daripada ancaman wabak Covid-19 yang semakin buruk.

Di laman Facebooknya semalam, Zahid telah senaraikan lima kegagalan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dulu dalam pengendalian Covis-19, yang dikatakan harus dijadikan “sempadan” oleh kerajaan baru.

Paling atas dalam senarainya ialah “keputusan populis yang membahayakan”, yang menyentuh soal terlalu banyak kelonggaran dibenarkan sebelum imuniti kelompok dicapai dalam kalangan rakyat, selain membuka sekolah semasa jangkitan sedang tinggi sekaligus membahayakan pelajar dan guru.

Zahid turut membangkitkan soal kelonggaran kepada pengembara dari luar negara menjalani kuarantin di rumah ketika dunia berdepan ancaman pelbagai varian baharu Covid-19.

Advertisement

Kegagalan seterusnya yang digariskan Zahid ialah sikap berat sebelah dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

Kata Zahid, ini termasuk tindakan menutup sektor kurang berisiko dan membenarkan sektor penyumbang kluster tertinggi beroperasi; pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tidak bersungguh-sungguh; kompaun yang tidak munasabah; serta dasar cuba jaya (try and error) yang mengundang ‘flip flop’ sehingga mengelirukan rakyat.

Kegagalan ketiga menurutnya ialah “bantuan” yang menguntungkan pihak ketiga – membabitkan pemberian moratorium pinjaman bersifat refinance yang menguntungkan pemiutang; bantuan yang sebahagiannya bersifat terakru; serta kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak menyeluruh.

“Banker jaga banker”, kata Zahid.

Kegagalan dalam mempertahankan demokrasi pula, kata Zahid, dilakukan apabila PN menyekat persidangan parlimen, sekaligus menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu serta membelakangi perlembagaan negara.

Advertisement

Akhir sekali, kata Zahid, kegagalan dalam soal memastikan tiada percanggahan polisi dalam memerangi wabak Covid-19.

“Pintu depan ditutup, tetapi pintu belakang dibuka dalam pentadbiran kerajaan berlaku secara nyata.”

“Nasihat KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan pakar kesihatan diambil mudah demi memenuhi tuntutan kroni dan ‘monetary’,” katanya lagi.

Ungkapan ‘tutup pintu depan’ juga pernah dahulu digunakan Ismail Sabri Yaakob ketika mengepalai kementerian pertahanan kerajaan PN, mengundang spekulasi warganet bahawa ia ditujukan buat Mohamed Azmin Ali, yang ketika itu menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang mengeluarkan surat kebenaran operasi untuk perniagaan.

Ismail Sabri – yang kini perdana menteri – merupakan salah seorang menteri dari Umno yang menggalas tugas penting dalam pengendalian wabak Covid-19 dalam kerajaan PN terdahulu.

Advertisement

Selain Ismail Sabri, beberapa ahli Umno lain turut memegang jawatan penting dalam pengendalian Covid-19 termasuklah bekas menteri kesihatan Dr Adham Baba, dan menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga menteri penyelaras Pogram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel