Connect with us

Pilihan Editor

“Dulu Baha Normal” – Tular ‘Abang Agraban’ Kerana Sembang Melalut, Rupanya Ada Kisah Sedih Disebaliknya

Published

on

Dia mula menjadi tular apabila berjaya menjawab pelbagai soalan yang dilemparkan dengan penuh yakin, walaupun sedikit melalut dan meragukan.

Lebih dikenali sebagai Abang Agraban, dia sungguh petah berkata-kata dan memberi jawapan walaupun ramai yang kadang-kadang tu ‘pening’ dengan apa cuba disampaikannya.

Namun siapa sangka, sebenarnya Abang Agraban atau namanya dikenali sebagai Baha ni ada 1001 kisah sedih yang menimpanya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh adik perempuannya melalui akaun @sayatiarachannel, dia menjelaskan bahawa abangnya seorang yang pandai dan berniat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pun begitu, dia terpaksa melupakan hasrat disebabkan masalah yang menimpa di samping dia perlu menyara keluarganya.

Mungkin dugaan dan cabaran yang datang tu sangat besar, hinggakan Baha jadi terlampau stress dan pernah nekad untuk cuba bunuh dirinya.

Abang Agraban 4
@sayatiarachannnelkisah hidup baha #fyp #fypシ♬ original sound – 👸💜Nika Princess💜👸


Jelas tiara lagi, dulu mereka adik beradik tinggal dalam keadaan yang agak senang tetapi semuanya hilang apabila rumah mereka terpaksa dilelong. Keadaan mereka yang susah itu,  membuatkan Baha yang juga merupakan abang sulung terpaksa mencari jalan nak bagi adik-adiknya makan sampaikan dia perlu keluar cari ubi kayu untuk dimakan.

“Dulu kami ada segalanya, sampailah satu saat Allah tarik semuanya. Baha lah yang menjadi ketua keluarga sebab dia anak sulung”

“Pernah satu hari kami tiada makanan, abang aku keluar cari ubi kayu.”

“Waktu tu hujan, dia bawak balik plastik kosong dan minta maaf kat aku sebab hujan lebat tarik-tarik ubi tak dapat.”

Disebabkan memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga, Baha lakukan banyak pekerjaan seperti ambil upah cuci pinggan dan bekerja di kedai makan.

Tapi paling mengejutkan, apabila Tiara memberitahu bahawa Baha membakar semua sijil sekolahnya yang dah lama dikumpul disebabkan terlampau kecewa tak dapat nak sambung pelajaran.

“Ada satu hari, Baha bakar semua sijil sekolah yang dia kumpul, dia kecewa sangat sebab tak dapat sambung belajar. Hanya mampu tengok kawan-kawan dia belajar.”

Walaupun dia kecewa, tapi dia tetap bertanggungjawab dan meminta adik-adiknya untuk terus menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi.

@sayatiarachannnelcukup la ari ni ye sebab sy nk study esok exam nti sy cerita lagi #fypシ #fyp♬ nhạc nền – Hera Studio – HERA Studio

@sayatiarachannnelsaya akan buat youtube baha..sekarang saya bz dengan study..terima kasih atas doa semua #fyp #fypシ♬ original sound – tiara 🇲🇨🇲🇾🇹🇷🇵🇰


Menjengah ke ruangan komen, nyata apa yang dilalui oleh Baha ini tak pernah disangka oleh rata-rata netizen yang melihat koleksi video tersebut. Selain tu juga, ada yang cadangkan untuk Baha mempunyai channel YouTube sendiri disebabkan kebolehannya berkata-kata di samping penggunaan ayat yang lucu.

Reak Abang Agraban 1 Edit

Reak Abang Agraban 2 Edit

Reak Abang Agraban 3 Edit

Sumber : TikTokYouTube

 

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending