Connect with us

Mahkamah

Mahkamah Tinggi Keluarkan Sapina Kepada Doktor Pakar Untuk Jelaskan Kesihatan Ahmad Zahid

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan menyapina seorang doktor pakar daripada sebuah hospital swasta untuk menjelaskan di mahkamah keadaan kesihatan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi kerana tertuduh tidak hadir dalam pendengaran kes rasuahnya hari ini.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan sapina akan dikeluarkan kepada Dr Mohd Shahir Anuar daripada Hospital Pakar Avisena di Shah Alam untuk menjelaskan prosedur yang akan dilakukan ke atas Ahmad Zahid juga tempoh yang diperlukan bagi tertuduh pulih sepenuhnya.

“Mahkamah tidak boleh membenarkan lagi sebarang penangguhan. Mahkamah akan memanggil doktor berkenaan untuk menjelaskan keadaan kesihatan tertuduh dan prosedur yang akan dilakukan ke atasnya,” katanya.

Sequerah berkata dia mahukan tertuduh berada di mahkamah untuk pendengaran bagi mengelakkan keadaan yang mengakibatkan perbicaraan silap dan juga mengarahkan doktor berkenaan hadir ke mahkamah untuk menjelaskan keadaan kesihatan Ahmad Zahid pukul 3.30 petang esok.

Advertisement

“Kami tidak boleh lagi membenarkan sebarang penangguhan kerana tarikh lepas yang ditetapkan disebabkan kebimbangan terhadap Covid-19, kontak rapat peguam dan itu telah mengambil sebahagian besar daripada masa kami.

“Saya sudah bersedia untuk memulakan pendengaran hari ini tetapi malangnya tertuduh perlu menjalani satu prosedur…mungkin kami boleh mendengar sendiri daripada doktor berkenaan,” kata Sequerah.

Mahkamah sepatutnya mendengar hujahan di akhir kes pendakwaan daripada kedua-dua pihak hari ini.

Terdahulu, peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh memaklumkan kepada Sequerah bahawa dia telah menghubungi doktor berkenaan dan diberitahu pengamal perubatan itu tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran mengesahkan dia telah menerima surat daripada pihak pembelaan mengenai ketidakhadiran tertuduh.

Advertisement

“Kebimbangan utama kami ialah tertuduh tidak hadir dan surat itu tidak menyatakan bahawa tertuduh setuju supaya kes itu diteruskan tanpa kehadirannya.

Itu adalah faktor penting untuk difikirkan kerana kami tidak mahu mahkamah dilihat sebagai menafikan haknya untuk didengar di mahkamah,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Sept ini untuk hujahan di akhir kes pendakwaan.

Pada 19 Mac lepas, pihak pendakwaan mengakhiri kes itu dengan memanggil 99 saksi untuk memberi keterangan.

Ahmad Zahid, 68, berhadapan 47 pertuduhan – 12 pertuduhan pecah amanah, lapan mengenai rasuah dan 27 pengubahan wang haram – melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Advertisement

-Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel