Friday, December 12, 2025

”Persetujuan Bersama Dicapai..” – Anwar, Mat Sabu, Guan Eng Bertemu Ismail Sabri

August 25, 2021
1 min read

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa persetujuan bersama telah dicapai antara pembangkang dan kerajaan dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia.

Anwar menerusi satu kenyataan memaklumkan, perkara itu dipersetujui ketika pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin pembangkang di Pejabat Perdana Menteri, petang tadi.

“Persetujuan bersama dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

“Kami juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan tersebut hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam itu tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Dalam masa sama, ia juga bertujuan untuk menjaga nyawa dan keselamatan daripada ancaman wabak, serta membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan krisis kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Selain Anwar, hadir sama dalam pertemuan tersebut adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng.

Terdahulu, Perdana Menteri telah menjemput pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi merealisasikan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk meredakan suhu politik negara.

Gambar: Pejabat Perdana Menteri via FB Anwar Ibrahim

Sumber: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

HANGAT MINGGU INI

Berita gembira, kerajaan setuju benarkan pengeluaran khas KWSP RM10000

PUTRAJAYA, 16 Mac – Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman Kumpulan

“Harga Ais Naik RM0.50 Sebungkus? Ianya Tidak Sepatutnya Berlaku” – PM Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 1 Dis – Syarikat pengeluar ais tidak mempunyai alasan kukuh untuk menaikkan