‘Gadis Doraemon’ Terima Vaksin Ceriakan Petugas, Orang Ramai

Kemunculan seorang gadis yang memakai maskot watak animasi ‘Doraemon’ mencuri perhatian orang ramai di pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini.

Siti Nor Shahira Mohd Dhali, 21, berkata, beliau datang ke PPV itu sebagai ‘Doraemon’ kerana mahu menceriakan petugas barisan hadapan serta penerima vaksin yang lain.

“Seronok sangat melihat mereka tersenyum gembira dapat merakam foto dan video kenangan bersama Doraemon. Ada juga usikan nakal yang meminta saya mempercepatkan giliran mereka menggunakan ‘terowong masa’ melalui ‘poket ajaib’ Doraemon.

“Namun saya tidak ambil hati, sudah biasa menerima gurauan begitu kerana sering tampil menjadi Doraemon bagi membantu perniagaan abang saya yang menawarkan perkhidmatan surprise delivery di sekitar Terengganu sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Advertisement

Proses suntikan vaksinnya juga berjalan lancar kerana pakaian maskot Doraemon itu mempunyai zip yang mudah dibuka tanpa menyukarkan jururawat yang bertugas.

Ujar Siti Nor Shahira, penampilan sebagai Doraemon di PPV itu juga membawa tuah kerana ada yang berminat mahu menggunakan khidmatnya untuk tempahan penghantaran kejutan pada hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran dan majlis perkahwinan pada masa akan datang.

-Bernama

Advertisement
Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

7 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

11 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

16 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago