Connect with us

Terkini

Pelajar Straight A Tak Malu Sarung Baju Pak Guard, Tidak Mahu Beban Orang Tua

Hanya ingin berdikari dengan gaji yang halal, seorang lelaki tidak malu bekerja sebagai pengawal keselamatan walaupun pernah mendapat keputusan yang cemerlang di waktu persekolahannya.

Pernah mendapat straight A dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM lelaki ini dilihat tidak kekok menyarung uniform pak guard untuk mencari rezeki.

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Tik Toknya, lelaki yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) keputusan itu dibuat olehnya kerana dia tidak mahu membebankan orang tuanya.

Tanpa mengira bidang pekerjaan, dia menerima tawaran bekerja itu bagi mengisi masa lapangnya.

Advertisement

Seperti lepasan STPM yang lain, lelaki ini juga bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Menjengah ke ruangan komen ramai pengguna dilihat turut berkongsikan pengalaman mereka untuk mencari pekerjaan setelah pandemik melanda.

Setakat ini, video yang telah mendapat sebanyak 131.8 ribu tontonan itu telah dikongsikan sebanyak 337 kali oleh pengguna laman tersebut.

@danial_roiTak ikut trend awal tak nak fyp. #abangguard♬ BARB MIX 2 – Baby Q💖


Sumber: Tik Tok @danial_roi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel