Connect with us

Terkini

‘Tak Boleh Rakam, KJ Dah Letak Jawatan’ – Nurse Dah Beri Izin Rekod, Tapi Petugas Lain Pula Tutup Kamera

Mengikut statistik, dilaporkan lebih daripada 50.1% masyarakat di Malaysia telah pun mendapatkan suntikan vaksin dan dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari.

Pengambilan vaksin juga mendapat perhatian daripada masyarakat bagi mengurangkan simptom jangkitan serta membantu mengelakan penularan.

Seperti yang kita ketahui, aktiviti merakam sewaktu mendapatkan suntikan adalah dibenarkan sejak bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Khairy Jamaludddin mengumumkan perkara itu.

Namun, terdapat juga kejadian yang sama berlaku melibatkan aktiviti merakam ketika berada di dalam Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) baru-baru ini.

Advertisement

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter bernama @Winraffm, dia dikatakan telah dihalang oleh seorang pegawai untuk merakam dirinya.

Menurutnya, tujuan dia merakam adalah sekadar untuk ditunjukkan kepada keluarga sahaja, tetapi niatnya itu tidak mendapat kebenaran seorang pegawai yang bertugas.

Selain itu, pemuda itu turut menyatakan bahawa dia dilayan baik oleh para jururawat sebelum itu dan turut membenarkan dirinya untuk merakam video.

Dalam pada itu, beliau yang dimaklumkan oleh pihak pegawai tersebut supaya tidak merakam turut memberikan alasan Khairy Jamaluddin sudah tidak lagi menyandang jawatan tersebut.

“Tak boleh merakam, KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh merakam.”

Advertisement

Pemuda itu turut diarahkan untuk mematikan rakaman walaupun hanya sekadar merakam diri sendiri tanpa memperlihatkan wajah petugas yang lain.


Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi termasuklah mempertikai tindakan pegawai itu.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 200,000 tontonan serta mendapat 4,900 tweet semula.

Sumber: Twitter @Winraffm

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel