Connect with us

Global

Aksi Cimpanzi Yang Mencuit Hati Ini Menarik Perhatian Netizen

Published

on

Gelagat seekor cimpanzi yang mencuit hati telah menarik perhatian orang ramai apabila ia meniru aksi seorang pengunjung yang membuat aktiviti tekan tubi atau push-up di sebuah zoo. Kejadian ini berlaku di Kota Chongqing, China, 23 Ogos lalu.

Pada waktu itu, seorang pengunjung membuat push-up di sebalik cermin kaca zoo berkenaan. Cimpanzi jantan yang berusia 20 tahun itu ternampak dan terus meniru pergerakan pengunjung tersebut. Dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di hadapan lalu menurunkan badan ke lantai secara beberapa kali. Ia kelihatan tidak kekok malah lancar seperti seorang manusia.

Lebih melucukan apabila cimpanzi tersebut berjaya melakukan push-up, dia terus bangkit dan berposing di hadapan orang ramai seolah-olah membuktikan kehebatannya. Orang ramai kelihatan sangat kagum dengan aksinya itu.

Cimpanzi atau nama samarannya Yu Hui pernah membuat aksi lucu yang lain pada tahun 2019. Dia telah membersihkan sehelai kemeja putih dengan berus dan sabun setelah melihat penjaganya melakukan tugas tersebut. Jurucakap di Taman Tema Lehe Ledu berkata bahawa kakitangan di situ melakukan hal itu dengan sengaja bertujuan untuk mengetahui adakah haiwan itu akan mempelajari tindakan mereka.

Sebaik sahaja Yu Hui dilepaskan, dia langsung menuju ke kemeja putih itu tadi lalu mencelupkannya ke dalam air sebelum menggosok sabun ke atas kemeja secara berulang kali. Dia kelihatan sangat menikmati proses mendobi selama 30 minit itu.

Para saintis mendapati kira-kira 10 peratus daripada tindakan yang dilakukan oleh manusia atau cimpanzi di zoo binatang adalah hasil tiruan daripada interaksi spesies-spesies yang lain. Seorang penyelidik bernama Dr Gabriela-Alina Sauciuc berkata, “Kajian kami adalah yang pertama memerhati dan menyiasat secara sistematik adakah cimpanzi yang tinggal di zoo akan meniru perbuatan pengunjung.”

Menurutnya lagi, “Kami menemui sisi sosial dan komunikasi cipanzi. Mereka meniru tindakan yang biasa seperti bertepuk tangan dengan sengaja sambil melihat ke arah individu yang menghasilkan tindakan tersebut. Dalam beberapa kes, mereka bahkan berusaha untuk mendekati individu tersebut.”

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending