Connect with us

Pilihan Editor

KJ Respons ‘Assalamualaikum’ Terhadap Video Tular ‘Tak Boleh Rakam, KJ Dah Letak Jawatan’

Kira-kira satu jam selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kabinet baru, Khairy Jamaluddin yang mengambil alih portfolio Menteri Kesihatan memberikan respons terhadap video petugas kesihatan yang tidak membenarkan penerima vaksin merakamkan proses vaksinasi.

Khairy terus membuat ciapan di Twitter rasminya dengan memuat naik video seorang lelaki yang sedang menerima vaksin dengan ciapan Assalamualaikum.

Video yang bertarikh 25 Ogos itu menunjukkan seorang penerima vaksin diberi amaran untuk tidak merakam proses vaksinasi atas alasan Khairy telah meletak jawatan sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam program vaksinasi negara.

“Tak boleh rakam. KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh merakam,” menurut petugas kesihatan tersebut sambil menutup kamera lelaki tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun, menurut lelaki tersebut jururawat yang memvaksikannya membenarkannya untuk merakam video tetapi ia dihalang oleh seorang petugas lain yang hadir di situ.

Video tersebut telah ditonton 745,300 tontonan sejak dimuat naik hingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin atas kapasitinya sebagai Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membenarkan rakaman video dibuat susulan timbulnya isu-isu berkaitan suntikan seperti, picagari kosong.

Baca: ‘Tak Boleh Rakam, KJ Dah Letak Jawatan’ – Nurse Dah Beri Izin Rekod, Tapi Petugas Lain Pula Tutup Kamera

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel