Connect with us

Terkini

Petugas Tempuh Perjalanan Mencabar Bawa Vaksin CanSino Ke Pedalaman Kalabakan

Petugas program vaksinasi ‘outreach’ terpaksa menempuh perjalanan mencabar dan berliku hampir dua jam mengharungi jalan tidak berturap, berbukit dan dilitupi hutan bagi melaksanakan program pemberian vaksin COVID-19 jenis dos tunggal CanSino di pedalaman iaitu Kampung Serudung Laut dekat sini.

Jalan sejauh 70 kilometer dari Kampung Kalabakan ke Kampung Serudung Laut itu hanya boleh dilalui pacuan empat roda, justeru sebanyak 15 kenderaan daripada Kelab 4×4 Kalabakan digunakan bukan sahaja untuk membawa vaksin CanSino tetapi juga anggota pasukan tersebut.

Lebih 30 anggota pasukan itu, yang terdiri daripada petugas kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penerangan dan Majlis Keselamatan Negara, tersenyum puas setelah penat lelah mereka membawa vaksin CanSino berbaloi apabila 300 penduduk termasuk 50 pekerja asing hadir menerima suntikan.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Harun Maddasa berkata walaupun terpaksa menghadapi pelbagai risiko bagi menjayakan program tersebut, semua itu dihadapi mereka dengan hati yang terbuka semata-mata bagi memastikan penduduk Kampung Serudung Laut, yang terletak jauh di pedalaman, mendapat vaksin.

Advertisement

“Pemilihan Kampung Serudung Laut bagi program ini dibuat kerana kriteria kedudukan geografi kampung berkenaan yang jauh dan sukar dilalui… ini penting kerana kita mahu pastikan penduduk mendapat vaksin walaupun mereka jauh di pedalaman,” katanya kepada pemberita pada program itu hari ini.

Winner Julius, 33, pula gembira kerana diberi peluang menjadi antara penerima terawal vaksin CanSino di Sabah dan dos tunggal vaksin itu amat memudahkan dirinya serta penduduk kampung kerana mereka tidak perlu memikirkan tentang dos kedua.

“Kiranya selepas ini saya sudah lengkap vaksin. Meskipun tinggal di kawasan pedalaman namun vaksinasi juga penting kerana risiko untuk mendapat penyakit ini boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana.

“Lagipun saya perlu memanfaatkan program ‘outreach’ suntikan vaksin COVID-19 yang sudah dibawa khas oleh kerajaan ke kampung ini dan bersyukur dapat vaksin jenis satu dos saja, tiada lagi selepas ini. Apa juga jenis vaksin itu sebenarnya baik,” katanya.

Rakannya, Kenny Matinus, 32, turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dalam pemberian vaksin COVID-19 kepada penduduk di pedalaman.

Advertisement

“Syukur dapat suntikan CanSino hari ini, walaupun kami di kawasan terpencil tapi kami juga diberi keutamaan. Saya takut juga dengan COVID-19, kes di Kalabakan ini juga banyak tetapi sekarang dengan ada vaksin ini, saya yakin tahap kesihatan saya lebih terjamin,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik Hassan Ghani Pg Amir pula berharap penduduk di kawasannya memanfaatkan program ‘outreach’ yang diadakan kerajaan untuk pemberian vaksin COVID-19.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel