779 Guru Tolak Suntikan Vaksin Menghadap TMJ

Isu penolakkan vaksin oleh seramai 779 guru di Johor menarik perhatian Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Menerusi komen yang di balas di akaun Twitternya, baginda berkenan untuk bertemu dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor serta guru-guru yang menolak suntik vaksinasi tersebut.

Baginda bagaimanapun telah bertemu dengan guru-guru yang terlibat di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan kelmarin

Dalam pertemuan yang turut disertai oleh YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, serta YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, guru-guru tersebut telah memberi sebab keengganan mereka untuk menerima vaksin tersebut.

Advertisement

Seramai 396 guru menolak pemberian suntikan vaksin kerana mempunyai keraguan terhadap vaksin itu.

Perkata itu dimaklumkan di akaun Facebook rasmi Baginda .

Manakala bilangan guru yang selebihnya memilih untuk menangguhkan pengambilan suntikan tersebut atas faktor-faktor mempunyai alahan, mengandung serta faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pertemuan tersebut bagaimanapun membuahkan hasil apabila sebilangan guru kini bersetuju untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.

Baginda yang turut berkongsi infomasi mengenai keadaan semasa Covid-19 bersama warga pendidik tersebut turut menasihati guru-guru agar sedar akan tanggungjawab mereka untuk menjadi contoh teladan yang baik.

Advertisement

Bagi turut berharap para guru akan terbuka untuk menerima suntikan vaksin sebelum sesi persekolahan dibuka sebagai inisiatif untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat di negeri itu.


Sumber: Facebook HRH Crown Prince of Johor

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago