Connect with us

Sukan

Ronaldo Kembali Ke Pangkuan Man. United, Nilai Saham Kelab Dilapor Terus Melonjak Naik

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kini dilaporkan sah menjadi milik pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris Manchester United.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri melalui akaun Twitter rasmi Manchester United sebentar tadi.


Wartawan sukan Fabrizio Romano menyatakan bahawa urus janji yang dilakukan diantara kelab Juventus dan Manchester United berkenaan perpindahan secara kontrak telah selesai.

Advertisement

“Cristiano telah menerima tawaran daripada Manchester United dan akan kembali ke kelab itu semula,” tulisnya di Twitter.

Tak sampai 10 minit bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo sah bergelar pemain Manchester United, nilai saham kelab tersebut dilaporkan menaik.

Advertisement

Menurut akaun Twitter rasmi Telegraph Investing, saham kelab gergasi itu naik semasa khabar angin perpindahan tersebut menjadi bualan hangat.

“Saham kelab Manchester United telah melonjak naik sebanyak 5% semasa khabar angin bahawa Cristiano Ronaldo bakal sertai kelab itu,” tulisnya di Twitter.

Namun begitu, pada muat naiknya yang terbaru mengesahkan bahawa selepas khabar angin itu direalisasikan, saham kelab tersebut naik.

Advertisement

“Saham kelab Manchester United melonjak naik sebanyak 8% selepas Ronaldo sah bergelar pemain kelab tersebut,” tulisnya.

Menurut wartawan Joe Pompliano, sebanyak 8% iaitu kira-kira USD 250 juta (RM 1.04 bilion) telah dijana selepas perpindahan Cristiano Ronaldo dari Juventus ke Manchester United diumumkan berjaya.

Sebelum berhijrah ke Real Madrid, Ronaldo mempunyai rekod luar biasa bersama United dengan beliau berjaya menjaringkan 118 gol dalam 292 penambilan.

Sebelum pulang semula ke pangkuan kelab yang banyak menaikan namanya itu, Ronaldo sudahpun memiliki pelbagai kejuaraan dan pencapaian peribadi yang menakjubkan. Antaranya 5 trofi UCL, 4 trofi Piala Dunia Kelab FIFA serta 7 trofi liga yang dimilikinya sepanjang beraksi di England, Sepanyol dan Juventus.

Advertisement

Untuk negaranya pula, pemenang lima kali Ballon d’Or ini telah menghadiahkan Piala Eropah dan trofi UEFA Nation League buat Portugal.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel