Connect with us

Politik

(Video) Mereka Hendak Bunuh Karier Politik Saya – Tok Mat

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencetuskan spekulasi apabila mengeluarkan kenyataan terdapat pihaknya yang mahu menamatkan karier politiknya.

Menerusi satu video yang tular, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pada mulanya dilihat sedang berjalan memasuki masjid sambil menggunakan telefon bimbit.

Namun beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau disapa oleh seorang jemaah sambil bergurau bertanya mengenai nama beliau yang tidak terpilih dalam senarai Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Tok Mat, nama tak naik? Nama sini naik lah (masjid),” katanya seorang jemaah.

Advertisement

“Itu namanya politik. Mereka hendah bunuh saya (karier politik),” balas Mohamad bersahaja sebelum masuk ke masjid.

Sebelum ini, Pemuda UMNO telah mencadangkan Mohamad dinamakan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu,

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam situasi mencabar ketika ini, negara memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih daripada kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau adalah tokoh korporat yang pernah bertugas di Bank Bumiputra Malaysia Berhad serta menjadi Pengurus Besar di Bank Bumiputra London.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004) dan CEO di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994) serta pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad.

Advertisement

Namun semalam, Ismail Sabri kembali melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

 

Sumber: Malaysia Gazette

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel