Connect with us

Sukan

Luar biasa, JDT Derma Wang Kemenangan Kepada Keluarga Frontliner

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencipta sejarah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila muncul juara Liga Super buat kali kelapan berturut-turut sejak 2014, malah kejayaan ini disambut lebih awal ketika saingan liga masih berbaki dua perlawanan.

Lebih manis dan istimewa kejayaan tersebut didedikasikan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada semua petugas barisan hadapan yang bekerja sepenuh hati ketika penularan wabak pandemik Covid-19 di negara ini.

Tambah beliau, hadiah wang kemenangan Liga Super musim ini juga dititahkan supaya didermakan ke tabung untuk keluarga-keluarga petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus sejak setahun lalu.

“JDT mendedikasikan gelaran Liga Super Malaysia kelapan kami kepada semua barisan hadapan yang berusaha keras sepanjang wabak Covid-19 ini.

Advertisement

“Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail) juga memutuskan agar JDT menyumbangkan wang hadiah liga kepada dana untuk keluarga barisan hadapan,” katanya di laman sosial Johor Southern Tigers (JST).

Difahamkan, JDT akan meraih hampir RM500,000 selaku juara Liga Super seperti musim sebelumnya namun jumlah berkenaan tidak tetap di mana ia bergantung kepada jumlah sebenar tajaan yang diraih setiap musim.

Pemberian derma ini bukanlah yang pertama buat skuad Harimau Selatan sebaliknya kelab ini antara pasukan Liga M yang kerap menyumbang bantuan berupa wang tunai mahupun barangan keperluan.

JDT pernah menyumbangkan semua wang kemenangan yang diperoleh sejak 2013 kepada Yayasan JDT.

Ia termasuk hadiah wang kejuaraan Liga Super dan wang ganjaran daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam saingan Liga Juara-Juara (ACL) dan Piala AFC.

Advertisement

Yayasan berkenaan kemudiannya menyalurkan sumbangan itu kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

Sumber: Utusan Online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel