Connect with us

Global

(Video) Ahli Parlimen Armenia ‘Bertinju’ Dalam Parlimen

Insiden berlaku negara itu masih berpecah berikutan kekalahan tahun lalu dalam perang dengan Azerbaijan untuk menguasai Nagorno-Karabakh.

Kekecohan di sesi Parlimen semalam terjadi apabila anggota pembangkang mula bertindak agresif dengan melemparkan botol air ke arah Speaker dari Parti Kontrak Sivil, iaitu parti Perdana Menteri Nikol Pashinyan.

Provokasi itu mencetuskan pergaduhan hingga memaksa Speaker menghentikan sesi mesyuarat bagi meleraikan keadaan.

Botol air dan cecair pembasmi kuman turut dibawa keluar dari dewan bagi mengelak kejadian lebih buruk terjadi.

Advertisement

Selepas sesi disambung, insiden pergaduhan lain pula tercetus ketika wakil pembangkang diganggu oleh pihak yang cuba mencelah.

Seorang anggota Parti Kontrak Sivil dilaporkan cuba menendang ahli Parlimen pembangkang hingga mencetuskan pergaduhan besar-besaran di dalam dewan.

Beberapa ahli Parlimen dikeluarkan oleh petugas keselamatan, manakala salah seorang daripadanya dikejarkan ke hospital kerana kecederaan pada mata.

Sehari sebelum itu, seorang wakil pembangkang dikeluarkan dari dewan selepas memanggil parti Kontrak Sivil sebagai penyokong kepada ‘menyerah kalah’.

Sementara itu, Pashinyan berdepan kritikan berikutan perjanjian damai dengan Azerbaijan yang menyaksikan Armenia menyerahkan wilayah dikendalikannya selama beberapa dekad.

Advertisement

Armenia terjebak dalam krisis politik sejak kekalahan perang enam minggu berhubung pertikaian Nagorno-Karabakh, pada musim luruh lalu, yang meragut kira-kira 6,500 nyawa.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel