Anson, Zulaikha Tekad Untuk Pamer Aksi Terbaik

Seramai 20 pemain badminton remaja sudah bersiap sedia untuk beraksi dalam playoff badminton Ranking Dalaman Remaja BAM yang akan bermula esok, selepas pertandingan Ranking Dalaman BAM berakhir minggu lepas.

Seramai 12 remaja lelaki dan lapan perempuan akan berentap bagi menempah kedudukan untuk kumpulan masing-masing dalam pasukan remaja, di bawah kendalian Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Misbun Sidek.

Pemenang playoff akan mendapat peluang untuk bertanding dengan pemain yang lebih senior.

Pemenang perseorangan lelaki Kumpulan B dalam saingan Ranking Dalaman, Anson Cheong bertekad untuk mara ke Kumpulan A, yang akan memberikan beliau peluang untuk bersaing dengan pemain senior dan memperbaiki prestasinya.

Advertisement

“Saya kaji pencabar saya dan lihat bagaimana mereka bermain. Walaupun jurulatih saya gembira dengan persembahan saya, masih ada beberapa peningkatan yang mesti saya buat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan BAM.

Sementara itu, Siti Zulaikha Muhd ​​Azmi, pemenang kategori perseorangan perempuan Kumpulan B, juga menyimpan hasrat untuk melangkah ke Kumpulan A untuk bersaing dengan pemain handal seperti Siti Nurshuhaini Azman dan Tan Zhing Yi, yang masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua di Kumpulan A, minggu lepas.

“Saya harus meningkatkan kekuatan fizikal dan stamina saya. Jurulatih mahu saya berlatih lebih keras lagi kerana saya harus menghadapi pemain handal… Saya juga akan bersiap secara mental dan perlu lebih kuat dalam playoff ini,” katanya.

Kedudukan dalaman pemain junior diadakan dua kali setahun sebagai sebahagian daripada penilaian berterusan kemajuan tahunan mereka.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

5 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

11 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago