Connect with us

Jenayah

Empat Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Pukul Bomoh

Empat lelaki yang terlibat dalam satu video memaparkan seorang bomoh dipukul sehingga tular di media sosial awal bulan ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul tanpa senjata sehingga menyebabkan kecederaan.

Bagaimanapun, keempat-empat lelaki itu yang juga pengamal perubatan tradisional iaitu tertuduh berusia, 33, 42, 33, dan 35, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas mangsa, 39, di sebuah inap desa, dekat sini kira-kira 4 petang, pada 5 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahril Ramli manakala peguam Mohd Azrul Hasyimi Mohammad yang mewakili kesemua OKS memohon jumlah jaminan paling minimum.

Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap OKS dan menetapkan 4 Okt depan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel