Connect with us

Global

Gadis Maut Dihentam Batu Dan Mendapat 12 Tikaman Oleh Teman Lelaki

Dipercayai seorang pelajar perempuan dibunuh oleh teman lelakinya dengan kejam apabila dia memaklumkan berita mengenai kehamilannya itu kepada suspek di Buenos Aires, Argentina.

Menurut sumber media TN, mangsa Lucia Fernandez berusia 15 tahun itu dipercayai maut apabila kepalanya dihentam dengan batu berkali-kali. Selain itu, pihak berkuasa juga menemui 12 tikaman di bahagian leher dan perut.

Difahamkan, suspek merupakan rakan sekelas mangsa telah bertindak kejam dengan membunuh Lucia pada hari Selasa lalu. Suspek dipercayai mengajak mangsa bertemu di sebuah rumah yang terbiar sebelum bertindak dengan menikam mangsa berkali-kali.

Selepas insiden itu, suspek telah meninggalkan mangsa sendirian dan bertindak melarikan diri. Mayat mangsa kemudian ditemui oleh jiran yang tinggal dikawasan berhampiran selepas kira-kira 20 minit suspek melarikan diri.

Advertisement

Suspek berjaya ditahan pihak polis selepas ada saksi yang terlihat suspek bersama mangsa ke kawasan rumah yang terbiar itu. Malah, suspek turut mengakui telah membunuh mangsa selepas diberitahu berita kehamilan anak mereka.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel