Connect with us

Sukan

Pingat Kedua Buat Malaysia, Yee Khie Sumbang Pingat Perak Di Paralimpik Tokyo

Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg), yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, hari ini.

Walaupun tidak berjaya dalam percubaan pertama dengan angkatan seberat 230kg, beliau kembali bangkit untuk mengesahkan pingat perak dalam percubaan keduanya, dengan angkatan seberat 237kg.

Bagaimanapun, pendandan rambut dari Batu Kawa, Kuching berusia 32 tahun itu, kemudian tidak berupaya untuk memperbaiki angkatan itu selepas gagal dalam percubaan ketiga dan juga terakhirnya iaitu 245kg.

Kejayaan Yee Khie itu bermakna, beliau dapat menebus kekecewaan selepas sekadar menduduki tempat ketujuh bagi kategori 97kg, ketika membuat kemunculan pertamanya di Rio 2016.

Advertisement

Ini merupakan pingat kedua diraih kem powerlifting negara, selepas Bonnie Bunyau Gustin yang bertanding bagi kategori lelaki 72kg, mencipta sejarah menjadi atlet pertama merangkul emas buat kontinjen negara, pada temasya berprestij itu Sabtu lepas.

Bonnie bukan sahaja meraih emas, malah turut memecahkan rekod Paralimpik selepas mengangkat bebanan seberat 228kg dan sekali gus memadam rekod terdahulu milik Rasool Mohsin dari Iraq dilakukan di Rio 2016 iaitu 227kg.

Sementara itu, aksi yang berlangsung di Tokyo International Forum hari ini menyaksikan pingat emas dimenangi atlet Mongolia Sodnompiljee Enkhbayar dengan angkatan terbaik 245kg, yang merupakan rekod baharu Paralimpik dalam kategori itu.

Sodnompiljee memulakan saingan dengan penuh meyakinkan apabila melakukan angkatan 241kg, untuk memecah rekod Paralimpik milik Pavlos Mamalos dari Greece dengan angkatan seberat 238kg dilakukan di Rio 2016.

Tidak lama kemudian, beliau sekali lagi mencuri tumpuan apabila memecahkan rekodnya sendiri dalam percubaan kedua iaitu 245kg.

Advertisement

Pingat gangsa milik Saman Razi dari Iran yang melakukan angkatan terbaiknya 231kg, pada hari terakhir sukan powerlifting berlangsung hari ini.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel