Connect with us

Terkini

Warga Emas Hidup susah, Isi Minyak Motorsikal 64 Sen Untuk Keluar Cari Kerja

“Selalu pak cik isi RM1.50, hari ini isi minyak 64 sen sahaja”.

Demikian perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Geehan’s Nurjehan apabila menceritkan kisah seorang warga emas yang terpaksa mengisi minyak petrol sebanyak 64 sen bagi membolehkannya keluar untuk mencari pekerjaan.

Menerusi perkongsian itu, Geehan’s Nurjehan berkata, warga emas itu menceritakan dia hanya mengisi minyak petrol sebanyak RM1.50 bagi menampung keperluan motosikalnya setiap hari.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian warga emas itu hanya mempunyai sebanyak 64 sen untuk mengisi minyak motosikal bagi mencari kerja selain dia menjelaskan hanya boleh bekerja sebagai pegawai keselamatan.

Advertisement

“Kalau kita rasa susah, ada lagi yang lebih kurang daripada kita, pada kita 60 sen macam tak ada nilai, tapi untuk pak cik ini sangat bernilai,” tulisnya.

Katanya lagi, warga emas itu memberitahu, dia mahu mati sahaja daripada hidup dalam kesusahan.

“Yang paling kami sentap dia kata doa nak mati sahaja, pak cik nak kerja dan pengawal keselamatan sahaja boleh,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi sedih orang ramai dan rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini dan mendoakan supaya dia terus dimurahkan rezeki.

“Aku tengok pun ikut sedih itu baru minyak yang lain macam mana ya? Semoga murah rezeki pak cik ini” ujar Yatt Jemain.

Advertisement

“Allah detikkan hati pada insan-insan yang baik dan Inshaa-Allah lepas ini dimurahkan lagi rezeki awak sekeluarga” kata Niki Suzilawati.

“Semoga dikurniakan kelapangan dan kemudahan rezeki buat awak sekeluarga dan pakcik itu juga,” jelas Nur Laila.

Susulan perkongsian itu, ramai pengguna media sosial Facebook telah berhubung dengannya untuk memberi sumbangan kepada warga emas tersebut.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel