Diuji lagi Pada Ulangtahun Perkahwinan Ke-7, Eina Azman, Suami Dan Dua Pembantu Rumah Positif Covid-19

Pandemik Covid-19 di Malaysia ketika ini sememangnya berada di tahap yang membimbangkan. Mana tidaknya, kes positif harian telah pun mencecah 5 angka dan sesiapa sahaja boleh dijangkiti tanpa gejala.

Dengan pelbagai varian yang masuk ke Malaysia, ia memberi gambaran betapa bahayanya wabak maut ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh selebriti wanita di Instagram, Datin Paduka Eina Azman baru sahaja memaklumkan yang beliau, suami dan dua orang pembantu rumah disahkan positif Covid-19.

Menurutnya, mereka sekeluarga memang kerap melakukan ujian saringan Covid-19 dan beliau sendiri yang baru keluar dari hospital turut sudah melakukan swab test.

Advertisement

Namun siapa sangka dalam masa seminggu sahaja, virus telah menjangkiti mereka sekeluarga. Namun begitu, Eina sedikit lega apabila anak-anak dan kakaknya disahkan negatif.

Lebih menyedihkan, beliau menerima khabar berita positif Covid-19 pada hari ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh bersama Datuk Paduka Kaiser.

Menurut Eina, ketika ini beliau dan suami mengalami demam tinggi dan bacaan oksigen juga masih turUn naik.

“Sekarang saya dah mula demam panas n dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang ok sebab demam terlalu panas n oxygen dia turun naik..” tulisnya

Jadi, beliau berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraannya, suami dan bibik-bibik yang sedang menjalani kuarantin.

Sehubungan dengan itu, Eina Azman memohon orang ramai untuk terus menjaga kesihatan dan melakukan swab test andai berasa tidak sihat.

“Saya minta tolong semua doa kan untuk kami sekeluarga bersama bibik2 semua kembali sihat seperti biasa.

Kepada sesiapa yang close contact dengan kami if rasa tak sihat tolong pergi swab test ya.  If anyone yang ada experience dengan covid tolong share kalau ada apa2 petua yang boleh kami amalkan..” tambahnya.

Advertisement

Sumber: Instagram Eina Azman

Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago