Connect with us

Sukan

Pingat Emas Ziyad Ditarik Balik Selepas Diprotes, Sekretariat Malaysia Pula Buat Bantahan Rasmi

Paralimpik mengesahkan pingat Emas yang diraih oleh Ziyad Zolkefli telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet Ukrain, Maksym Koval selepas diprotes.

Tidak tinggal diam akan hal ini, sekretariat Malaysia membuat bantahan secara rasmi terhadap penarikan pingat emas Ziyad sebentar tadi.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu, isu pembatalan pingat emas ke atas Ziyad Zolkefli dalam perlawanan sebentar tadi kini dalam proses perbincangan.

Faizal menerusi satu ciapan di Twitter berkata, perbincangan tersebut melibatkan tiga negara yang terlibat dalam bantahan yang dikemukakan.

“Update Tokyo – masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang counter protest Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador,” katanya di Twitter hari ini.

Menurut kemas kini terkini, Faizal menjelaskan bahawa bantahan Ukraine terhadap tiga negara amat lemah.

Advertisement

“KSU KBS bersmaa CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga sedang counter protes, doakan,” katanya.

Sebelum itu, pingat emas yang dimenangi Ziyad Zolkelfli dalam acara lontar peluru lelaki F20 hari ini telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval.

Difahamkan, Ziyad diprotes atlet berkenaan kerana didakwa lambat memasuki call room sebelum acara bermula, selain penyertaannya juga turut dikategorikan sebagai do not start (DNS).

Advertisement

 

Sumber: Team Malaysia

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel