Connect with us

Jenayah

Polis Klarifikasi Kematian Pengawal Keselamatan Sebagai Kes Bunuh

IPOH — Polis mengklasifikasikan semula kes seorang pengawal keselamatan yang diserang ketika sedang bertugas di kolam renang sebuah kondominium di sini Disember tahun lepas sebagai kes bunuh, selepas mangsa meninggal dunia Jumaat lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya telah merujuk semula kes berkenaan kepada pihak pendakwa raya hari ini dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada suspek.

“Polis mengklasifikasikan semula kes ini pada hari mangsa tersebut meninggal dunia di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Kes ini masih lagi menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwa raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Advertisement

Sabtu lepas, Mior Faridalathrash berkata susulan insiden pada 29 Dis itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Januari lepas kerana mendatangkan kecederaan parah, dan kes akan disebut semula pada 9 Sept ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap pengawal keselamatan itu kerana cuba menghalang anak suspek daripada menggunakan kolam renang yang tidak dibuka kepada orang ramai ketika itu.

Bagaimanapun, beliau berkata pengawal keselamatan itu meninggal dunia di rumahnya pada Jumaat dan hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian disebabkan jangkitan pada paru-paru (Sepsis).

Ahli keluarga pengawal keselamatan berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati dan mendakwa punca kematian adalah disebabkan kejadian pukul tahun lepas.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel