Connect with us

Sukan

PM: “Kepada Ziyad, Anda Tetap Juara Di Hati Kami”

Penarikan semula pingat emas Ziyad Zolkefli dalam acara akhir lontar peluru di Paralimpik Tokyo 2020 cukup memberi kesan buat seluruh Malaysia.

Ziyad sebelumnya dinobatkan juara di acara tersebut, malah berjaya memecahkan rekod dunia dengan lontaran 17.94 meter.

Pun begitu, emas buat Malaysia sirna apabila Ziyad diprotes oleh atlet Ukraine yang mengatakan atlet itu lewat memasuki Call Room.

Status Ziyad yang sebelumnya juara bertukar kepada Did Not Start (DNS) dan dibatalkan penyertaan dalam acara tersebut.

Advertisement

Walaupun hingga saat ini status emas kedua negara masih menjadi tanda tanya, namun rakyat Malaysia tetap bangga dengan pencapaian Ziyad mencatat rekod dunia petang tadi.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri turut tidak berkecuali menzahirkan rasa bangga terhadap jaguh lontar peluru negara itu.

“Kepada Ziyad, anda tetap juara di hati kami, memecahkan rekod dunia dalah perkara yang luar biasa!

“Saya dan Keluarga Malaysia sangat berbangga dengan anda!

“Sama-samalah kita berdoa agar kemenangan pingat emas kekal ditangan Malaysia,” tulis Ismail di ciapan Twitternya.

Advertisement

Emas atau tidak, kami rakyat Malaysia akan terus menyokong anda wira negara!

Sumber: Ismail Sabri

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel