Connect with us

Sukan

‘Saya Mintak Maaf Pada Rakyat Malaysia’ – Rayuan Ditolak, Pingat Emas Kekal Milik Ukraine

Keputusan dikekalkan, rayuan pasukan Malaysia mengenai penarikan semula pingat emas yang dimiliki Ziyad Zolkefli dilaporkan telah ditolak oleh Juri Rayuan Para Olahraga World Para Athletics (WPA).

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ti Lian Ker menerusi kemaskini di Facebook sebentar tadi.

Bagaimanapun, ketua kontinjen Malaysia akan meneruskan rayuan ke Mesyuarat Ketua-ketua Kontinjen pada pagi ini.

“Ketua kontinjen turut memaklumkan bahawa sekiranya Mesyuarat tersebut turut tidak memihak kepada Malaysia dan keputusan yang dibuat oleh Pengadil Pertandingan dan Juri Rayuan Para Olahraga Sukan Paralimpik Tokyo 2020 adalah kekal,” katanya.

Advertisement

Tidak cuma itu, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Persatuan Olahraga Para Malaysia akan membuat bantahan rasmi kepada Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletic (WPA) supaya dipertimbangkan semula rayuan ketiga-tiga negara tersebut agar penyertaan dan catatan mereka bagi acara Shot Put F20 Para Olahraga di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 perlu diiktiraf sebagai penyertaan dan catitan rasmi kejohanan tersebut.

Pun begitu, bantahan tersebut hanya boleh dilakukan selepas temasya Tokyo Paralimpik 2020 berakhir.

“Kita terpaksa menerima keputusan acara tersebut seperti yang diputuskan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ziyad menerusi Instagram miliknya sebentar tadi telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan mengucapkan terima kasih kepada yang menyokongnya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel