Connect with us

Jenayah

Suami Mengamuk Isteri Muda Diganggu Kekasih Lama

Tindakan seorang lelaki memukul bekas kekasih isterinya dengan kayu mengundang padah apabila dia diberkas dalam kejadian di SUngai Lui di sini semalam.

Suspek berusia 57 tahun tersebut ditahan tidak sampai 24 jam selepas dia memukul pembantu ladang di Felda Sungai Lui berumur 27 tahun tersebut. Turut ditahan ialah anak suspek berusia dalam lingkungan 20-an.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian berlaku pada pukul 3 petang selepas suspek mengesyaki mangsa masih membuat hubungan dengan isterinya yang baharu dikahwininya. Wanita itu berusia 26 tahun.

“Suspek dan anaknya diberkas pada pukul 4.15 pagi tadi di Felda Pasir Besar dan polis turut merampas sebuah kereta Perodua Bezza dan sebatang rotan untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Sumber: K Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel