Connect with us

Sukan

(Video) Dua Punca Ini Jadi Sebab Kenapa Ziyad Terlewat Tiba Di “Call Room”

Gempar pada hari ini apabila emas yang dimenangi atlet lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli ditarik balik.

Selepas protes yang dilakukan oleh pasukan Ukraine diterima oleh pihak penganjur, Ziyad Zolkefli dan seluruh rakyat Malaysia terpaksa berputih mata akur dengan keputusan tersebut walaupun lontarannya itu telah memecahkan rekod dunia.

Untuk makluman, protes yang dibuat oleh pasukan Ukraine adalah hanya kerana atlet lontar peluru negara itu lewat ke ‘call room’ sahaja.

Pasti ramai yang ingin mengetahui tentang apakah sebenarnya punca rentetan daripada penarikan pingat emas tersebut.

Advertisement

Hos Astro Arena iaitu Azlan Mubin ada menjelaskan mengenai perkara tersebut melalui lintas langsung bersama dengan Astro Awani.

Menurutnya, Ziyad Zolkefli telah terlewat selama 5 minit untuk sampai ke stesen ‘call room’ iaitu tempat pendaftaran bagi berjumpa dengan pegawai yang akan membenarkan beliau bertanding.

Selain Ziyad, terdapat dua lagi atlet dari negara lain yang juga turut terlewat iaitu atlet daripada Ecuador dan Australia.

Difahamkan bahawa punca mengapa Ziyad terlewat ke venue pertandingan adalah kerana faktor hujan.

Pada ketika itu, mereka masih di tempat memanaskan badan dan ketika hendak tiba ke stesen pendaftaran itu, mereka difahamkan terperangkap dalam kesesakan (faktor kedua) kerana terdapat ramai atlet yang bertanding dalam acara lain berada di situ, sekaligus terlewat sampai ke Call Room.

Advertisement

Namun begitu, untuk makluman, sebelum mereka selamat tiba lagi, pegawai dari kontinjen Ukraine telah pun memprotes kepada stesen ‘call room’ itu dengan menyatakan bahawa tiga atlet ini telah lewat dan berhasrat untuk membatalkan terus penyertaan atlet-atlet tersebut kerana sudah lewat lima minit.

Pun begitu, peraturan dan juga syarat yang ditetapkan oleh World Para Athlete memberikan hak kepada pegawai untuk membenarkan atlet masuk bagi tidak menjejaskan perjalanan acara tersebut.

Walaupun peraturan dan syarat itu membenarkan, namun ianya berhak untuk diprotes. Atlet masih boleh bertanding tetapi dalam status ‘Under Protest’

Selepas lontaran pertama Ziyad secara rasminya memecahkan rekod dunia, pegawai dari Ukraine tanpa melengahkan masa terus membuat protes sekali lagi supaya penganjur mengambil tindakan ke atas ketiga-tiga atlit di atas kelewatan semasa di stesen ‘call room’ itu tadi.

Menurutnya lagi, pasukan Ukraine berhak untuk membuat protes atas perkara tersebut seperti yang dinyatakan dalam peraturan manakala pegawai pula berhak untuk memihak kepada Ukraine supaya mengkategorikan sebagai DNS (Did Not Start) atas kelewatan tersebut.

Advertisement

Difahamkan lagi, walaupun pasukan Malaysia sudah berkongsikan rakaman CCTV yang memaparkan kesesakan di luar ‘call room’ tersebut kepada pihak penganjur, justifikasi itu telah ditolak oleh pegawai rayuan.

Walaupun begitu, Ziyad difahamkan masih lagi ada peluang, namun agak tipis dan setakat ini pingat emas tersebut masih lagi kekal milik Ukraine.

Malaysia dilaporkan akan membuat rayuan berikutnya kepada badan paralimpik dunia untuk tetap mengesahkan catatan yang dilakukan Ziyad namun ianya dilaporkan akan dibuat setelah selesai temasya Paralimpik di bumi Jepun itu nanti.

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel