Connect with us

Politik

Annuar Pelawa Netizen Beri Cadangan Kepada KKMM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa membuka ruangan di akaun Twitternya untuk orang ramai menyuarakan cadangan dan harapan bagi menambah baik kementerian berkenaan.

Katanya beliau menjangka dalam minggu pertama berada di kementerian, saban hari beliau akan diberikan taklimat oleh pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Saya akan berusaha memahami sepenuhnya perkembangan KKMM, terutama dalam menangani isu berkenaan jurang digital, pelaksanaan 5G, menghubungkan “the under-connected” dan melihat bagaimana kita boleh menyegerakan dan menambahbaiknya,” menurut twitnya.

Annuar, 65, sebelum ini pernah menjadi menteri di Kementerian Belia dan Sukan (1990-1993), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1993-1999) dan Kementerian Wilayah Persekutuan dari Mac 2020 hingga 16 Ogos lepas susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Advertisement

Annuar bersama 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Isnin lepas.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel